Usahawan

Personaliti ESTP

Usahawan ialah individu yang bijak, bertenaga, sangat perseptif dan benar-benar menikmati kehidupan yang penuh risiko.

Satu pemandangan yang mewakili jenis personaliti ESTP (Usahawan). Seorang pengski lelaki ESTP yang terkenal berdiri dengan penuh keyakinan di atas salji, dengan pokok-pokok pain dan gunung di latar belakang. Pengski tersebut menjadi tumpuan perhatian, tersenyum ketika dua orang peminat – seorang lelaki dan seorang perempuan – dengan gembira mengambil gambarnya dan meminta tandatangan. Keseluruhan adegan ini menggambarkan semangat petualangan, keberanian, keramahan, dan kepopularan.
E Ekstrovert S Peka T Rasional P Fleksibel

Usahawan

Hidup sama ada satu pengembaraan yang berani atau tidak bermakna langsung.

Helen Keller

Orang dengan jenis personaliti ESTP (Usahawan) terkenal dengan tenaga yang bersemangat dan spontan. Mereka cenderung untuk bersikap kompetitif, percaya bahawa minda yang suka bersaing adalah kunci untuk berjaya dalam hidup. Dengan sikap yang berorientasikan tindakan, mereka jarang memikirkan masa lalu. Malah, mereka sangat mahir menumpukan perhatian pada masa kini – sehinggakan mereka jarang terikat dengan pemikiran tentang masa sepanjang hari.

Teori, konsep abstrak, dan perbincangan panjang tentang isu global tidak akan menambat perhatian ESTP untuk tempoh yang lama. Mereka lebih suka perbualan yang bertenaga, dengan unsur kecerdasan secukupnya, namun terarah kepada perkara yang konkrit – atau lebih baik lagi, mereka terus bertindak. Kebiasaannya mereka akan lakukan saja sebelum berfikir, dan membaiki kesilapan sepanjang jalan daripada duduk merencana kemungkinan yang tidak berkesudahan.

Personaliti ESTP (Usahawan)

Terus Menyelam

ESTP adalah golongan yang tidak gentar untuk mengambil risiko serta bertindak menurut dorongan hati. Mereka hidup sepenuhnya pada masa sekarang, menyambut cabaran dengan keterujaan dan keyakinan yang jelas. Personaliti ini menghargai drama, semangat, dan keseronokan, bukan untuk sekadar sensasi emosi, tetapi kerana ia merangsang minda rasional mereka.

Sikap ini menjadikan alam persekolahan atau persekitaran yang sangat teratur sangat cabaran untuk ESTP. Bukan kerana mereka tidak cerdik, dan mereka boleh berjaya di sana, tetapi pendekatan yang ketat dan pengajaran formal mengekang gaya pembelajaran praktikal yang mereka suka. Hanya dengan kematangan dan visi jangka panjang, mereka dapat melihat proses formal ini sebagai batu loncatan kepada peluang yang lebih besar.

Selain itu, ESTP biasanya lebih mempercayai kompas moral mereka sendiri berbanding peraturan masyarakat. Mereka percaya “peraturan dicipta untuk dilanggar,” sikap yang kadangkala menempatkan mereka pada posisi yang tegang dengan pihak berkuasa. Bagi ESTP, keseronokan dalam mencuba sesuatu yang baharu dan menolak norma memang sukar untuk ditolak.

Jalan yang Jarang Ditempuh

Dengan kepekaan yang tajam dan pandangan yang terbuka, ESTP cepat menyedari perubahan kecil. Sama ada perubahan ekspresi wajah, gaya pemakaian baharu, atau perubahan tabiat, orang dengan jenis personaliti ini dapat mengesan pemikiran dan motif tersembunyi yang kebanyakan personaliti lain jarang dapat perasan langsung. Mereka menggunakan pemerhatian ini dengan serta-merta, menyatakan perubahan tersebut dan mengajukan soalan walaupun persoalan tersebut membuatkan orang lain rasa tidak selesa. ESTP sangat berterus terang.

Kadangkala, pemerhatian dan tindakan spontan ESTP adalah perkara yang kita perlukan, seperti dalam situasi perniagaan atau apabila berlaku kecemasan.

Orang dengan personaliti ESTP sangat bersemangat dan bertenaga, dengan minda yang rasional, walaupun kadangkala mudah terganggu. Menginspirasi, meyakinkan, dan penuh warna, mereka adalah pemimpin kumpulan semula jadi, membawa semua orang mengikuti jalan yang jarang ditempuhi, membawa kehidupan dan keterujaan ke mana-mana saja mereka pergi. Cabaran sebenar mereka adalah untuk menggunakan sifat-sifat ini ke arah yang membina dan menguntungkan.